Sunday, June 14, 2015

Tajuk: cerita seram(tandas )

  Pada bulan yang lepas,SK TAMAN RIA telah menganjurkan KHEMAH IBADAT untuk  murid tahun 6 perlu tidur di sekolah.


Tarikh: 21&22 MEI 2015
Tempat: SK TAMAN RIA


     Pada hari Khamis itu,aku bawa la barang yang perlu dibawa.Pada pukul 3.00 p.m. Mak Masyithah datang mengambil aku di rumah dan terus ke sekolah.Masyithah&Aleeya adalah kawan karib aku di sekolah.Mak Masyithah hantar aku dan Masyithah ke sekolah apabila aku sampai di sekolah, aku lihat geng budak lelaki membawa handphone ke sekolah,Ustazah sudah berpesan handphone tidak dibenarkan bawa ke sekolah.
  
    Pada pukul 3:30 Ustazah menyuruh kami berkumpul di dalam surau.Selepas 3 jam,Ustazah membenarkan kami meletakkan barang di dalam kelas dan turun bersama pinggan dan cawan untuk makan petang.Kami makan nasi ayamJ.Selepas itu Ustazah suruh kami naik ke kelas dan turun balik bersama telekung dan kotak pensel.Kami sembahyang Zohor berjemaah di surau.Dan terus dengan ceramah oleh Ustaz Hafez.Seterusnya,kami bersedia untuk solat Maghrib apabila selesai solat maghrib kami dibahagi kepada 6 kumpulan perempuan dan 6 kumpulan lelaki.Semua nama kumpulan adalah nama-nama Nabi.

    Aku punya kumpulan adalah Nabi Hud.Ustazah menyuruh kami menulis nama masing-masing di belakang fail.Selepas itu Ustazah membahagi kakak fassi.Selepas 4 jam kami diberi peluang untuk berehat di bilik kokurikulum.Pada pukul 2 hingga 3 kami solat sunat apa-apa saja.Selepas 1 jam dalam pukul 4 pagi kami diberi masa untuk tidur sehingga pukul 6 pagi.Aku tidak berasa mengantuk dan aku ajak Masyithah,Aleeya,Nabila,AmirahL,Nurin,Syamimi,Ummi dan Alia Alawiyah apabila kami hendak naik tangga ke tingkat 1 kami terdengar bunyi orang jalan “ziaapziapziap”kami semua berasa cemas dan ketakutan kami semua lari dan menuju ke tandas yang terletak di hujung tingkat 1.

    Sudah la dalam waktu itu tiada lampu suluh kerana habis sel kering.Kami tunggu saling menunggu orang yang mahu masuk ke tandas.Apabila sampai satu ketika……..PINTU TANDAS TERTUTUP DENGAN KUAT KAMI MEMBUKA PINTU… apabila kami keluar kami rasa tiada angina pun..Apabila kami sudah selesai di tandas kami pun berjalan la untuk sampai ke tangga kami lihat ada kain putih yang sedang melambai-lambai tangan kearah kami..Kami menjerit dan berlari dengan pantas dan menceritakan kejadian itu kepada kakak fassi.Kakak fassi tertanya-tanya pada kami adakah betul dan kami menjawab yaaaa….ianya betull.

    Keesokan harinya,hari last di sekolah kami ada masa untuk menceritakan pengalaman kami untuk semua murid tahun 6 kami juga menceritakan itu kepada semua murid-murid dan juga guru-guru…AKU RASA ITULAH PENGALAMAN YANG PALING SERONOK.

                               SEKIAN TERIMA KASIH 



Saturday, June 13, 2015

CERITA SERAM DI P.LANGKAWI

TAJUK: CERITA SERAM (P.LANGKAWI)

      
Pada masa dahulu,aku telah pergi lawatan ke Pulau Langkawi,Kedah.Sebelum kami sampai ke hotel yang kami hendak bermalam di sana.Ustaz,menyuruh kami mencari kumpulan di dalam 1 rumah.Apabila sampai di hotel itu kumpulan aku sudah berasa macam pelik sahaja tempat itu.Apabila ustaz menyuruh ketua kumpulan mengambil kunci aku pun terima sahaja kunci yang diberi oleh ustaz.Kami pun mencari bilik yang bernombor 113 rupa-rupanya  kami punya rumah di tinngkat bawah bawah sekali dan di tepinya terdapat rumah kosong yang melekat kan syinggum.

   Kami semua bertambah PANIK dan kami pun masuklah ke dalam rumah itu dan mengecup bilik masing-masing.Apabila sampai pukul 5 kami semua pergi ke SWIMMING POOL untuk bermandi-manda di sana.Selepas 1 jam 30 minit ustaz menyuruh kami semua balik rumah masing-masing.Apabila kami sampai di rumah kami dan buka pintu rumah,di ruang tamu terdapat darah meleleh.Tanpa membuang masa,kami terus hubungi ustaz.Apabila ustaz datang tetiba darah itu hilang.Namun ustaz tidak percayakan kami.Kami pun berbincang dengan 1 ahli rumah untuk berkumpul di bilik hadapan dan hampar toto di bawah lantai..1 rumah setujui cadangan aku.Sebelum kami mahu masuk bilik dan selepas membincangkan itu…tetiba ada orang mengetuk pintu dan dengan getar aku pergi membuka pintu.

Aku lihat rupa-rupanya kawan lelaki iaitu Iskandar kami terkejut….semua orang melepaskan nafas dan aku berkata”la..Iskandar rupanya..dengan tidak memberi salam’Iskandar kata ustaz panggil mengambil nasi dia tingkat atas.Kami pun bergegas ke rumah ustaz dan mengambil nasi…kami pun menikmatila nasi beramai-ramai di hadapan tv.Selepas kami semua habis makan kami pun bergerakla ke bilik hadapan iaitu bilik aku,Hafawati,Azmira,Dania dan Zulaikha.Waktu itu baru pukul 8:30.

Kami pun berbincang untuk bermain pada masa pertama kami bermain TELEFON BURUK.Selepas 15 minit kami bermain RUNNING MAN tarik nama.Kami bermainlah sehingga suatu masa kami berehat dan berbincang untuk bermain GAMES yang lain di waktu itu juga kami terdengar bunyi handphone Hafawati bordering.Kami melihat dia dan dia terus mengambil handphone beliau dan melihat nombor tidak dikenali..dan Hafawati menanya kami ‘Adakah aku nak angkat ke tak’dan Zulaikha kata’Tak payahlah angkat kita ini dah la dalam ketakutan.Apabila jam menunjuk pada pukul 9 kami pun bermain di luar dan kami melihat ada benda kain putih ada di dalam SWIMMING POOL yang kami mandi petang tadi.Dan kami semua menjenguk ke luar.Aku terkena balingan batu rupa-rupanya Iskandar&the geng kami,mereka tinggal di rumah bersama ustaz…tapi mereka menunjuk arah ke SWIMMING POOL kami semua pun mengangguk

     Selepas 30 minit kami MESYUARAT TINGKAPJ ..Ustaz kantoi bahawa kami sedang bersembang di tingkap…Dan ustaz berkata “Semua pi tidor la wei esok banyak destinasi”L kami pun balik la ke bilik utama dan tidur.Esok pagi itu,aku menggerak semua orang mangkit dan terus mandi.Pada pukul 10 pagi kami semua keluar daripada rumah dan mengunci rumah..Sebelum kami hendak naik tangga aku mendengar suara yang kecil yang berkata ‘Pergi mana tu” dan kami semua lari lintang-pukang.Selepas itu kami menaiki bas dan pergi ke tempat yang menarik.Pada pukul 10 malam kami sampai di sekolah dan menceritakan semua kisah aku di Pulau Langkawi yang misteri.



TQ..ATAS  MEMBACA SEMUA KISAH AKU