Sunday, June 14, 2015

Tajuk: cerita seram(tandas )

  Pada bulan yang lepas,SK TAMAN RIA telah menganjurkan KHEMAH IBADAT untuk  murid tahun 6 perlu tidur di sekolah.


Tarikh: 21&22 MEI 2015
Tempat: SK TAMAN RIA


     Pada hari Khamis itu,aku bawa la barang yang perlu dibawa.Pada pukul 3.00 p.m. Mak Masyithah datang mengambil aku di rumah dan terus ke sekolah.Masyithah&Aleeya adalah kawan karib aku di sekolah.Mak Masyithah hantar aku dan Masyithah ke sekolah apabila aku sampai di sekolah, aku lihat geng budak lelaki membawa handphone ke sekolah,Ustazah sudah berpesan handphone tidak dibenarkan bawa ke sekolah.
  
    Pada pukul 3:30 Ustazah menyuruh kami berkumpul di dalam surau.Selepas 3 jam,Ustazah membenarkan kami meletakkan barang di dalam kelas dan turun bersama pinggan dan cawan untuk makan petang.Kami makan nasi ayamJ.Selepas itu Ustazah suruh kami naik ke kelas dan turun balik bersama telekung dan kotak pensel.Kami sembahyang Zohor berjemaah di surau.Dan terus dengan ceramah oleh Ustaz Hafez.Seterusnya,kami bersedia untuk solat Maghrib apabila selesai solat maghrib kami dibahagi kepada 6 kumpulan perempuan dan 6 kumpulan lelaki.Semua nama kumpulan adalah nama-nama Nabi.

    Aku punya kumpulan adalah Nabi Hud.Ustazah menyuruh kami menulis nama masing-masing di belakang fail.Selepas itu Ustazah membahagi kakak fassi.Selepas 4 jam kami diberi peluang untuk berehat di bilik kokurikulum.Pada pukul 2 hingga 3 kami solat sunat apa-apa saja.Selepas 1 jam dalam pukul 4 pagi kami diberi masa untuk tidur sehingga pukul 6 pagi.Aku tidak berasa mengantuk dan aku ajak Masyithah,Aleeya,Nabila,AmirahL,Nurin,Syamimi,Ummi dan Alia Alawiyah apabila kami hendak naik tangga ke tingkat 1 kami terdengar bunyi orang jalan “ziaapziapziap”kami semua berasa cemas dan ketakutan kami semua lari dan menuju ke tandas yang terletak di hujung tingkat 1.

    Sudah la dalam waktu itu tiada lampu suluh kerana habis sel kering.Kami tunggu saling menunggu orang yang mahu masuk ke tandas.Apabila sampai satu ketika……..PINTU TANDAS TERTUTUP DENGAN KUAT KAMI MEMBUKA PINTU… apabila kami keluar kami rasa tiada angina pun..Apabila kami sudah selesai di tandas kami pun berjalan la untuk sampai ke tangga kami lihat ada kain putih yang sedang melambai-lambai tangan kearah kami..Kami menjerit dan berlari dengan pantas dan menceritakan kejadian itu kepada kakak fassi.Kakak fassi tertanya-tanya pada kami adakah betul dan kami menjawab yaaaa….ianya betull.

    Keesokan harinya,hari last di sekolah kami ada masa untuk menceritakan pengalaman kami untuk semua murid tahun 6 kami juga menceritakan itu kepada semua murid-murid dan juga guru-guru…AKU RASA ITULAH PENGALAMAN YANG PALING SERONOK.

                               SEKIAN TERIMA KASIH 



No comments:

Post a Comment